Friday, June 17, 2016

0 Mati, cedera ditembak berebut Viagra Himalayan


Kathmandu: Pergaduhan merebut sejenis kulat berharga yang digelar ‘Viagra Himalayan’ menyebabkan serang mati ditembak manakala tiga lagi cedera di sebuah perkampungan di kawasan pergunungan Nepal.

Menurut polis di daerah Mugu, polis dihantar ke perkampungan itu Rabu lalu, selepas mendapat laporan mengenai pergaduhan itu tetapi hanya tiba pagi tadi.

“Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kumpulan samseng seramai 10 hingga 12 orang melepaskan tembakan,” kata Ketua Polis Daerah Mugu, Keshab Raj Sharma, melalui telefon.

Menurutnya, kumpulan itu mencuri kulat yang dikumpul mereka.

Setiap tahun, ribuan penduduk Nepal dan Tibet memungut kulat Cordyceps, dipanggil yarchagumba oleh penduduk tempatan yang tumbuh di atas badan ulat tertentu dan hanya boleh ditemui dalam tempoh beberapa minggu setahun.

Ia hanya ditemui pada ketinggian lebih 3,500 meter, terbentuk apabila kulat parasit melekat pada ulat, membunuhnya perlahan-lahan.

Pembuat ubat herba China yang membelinya dengan harga mahal, mendakwa kulat itu yang direbus dan minum atau dicampur ke dalam sup, mampu meningkatkan kemampuan seks serta menyembuhkan penyakit lain, termasuk barah.

Pada 2009, tujuh orang terbunuh dalam pergaduhan berebut ‘Viagra Himalayan’ itu.

http://www.hmetro.com.my/node/145814?m=1


Hubungi Kami

Powered byEMF Free Form Builder

Blogroll

PERHATIAN: Ini adalah laman web peribadi. Tiada kaitan dengan Syarikat MLM yang disertai. Tujuan laman web ini disediakan adalah bagi membantu ahli-ahli yang berdaftar di bawah Akademi Jutawan BiGroup untuk membuat promosi menaja ahli-ahli yang baru. Promosi boleh dilakukan secara online dan juga offline serta terpulang kepada kreativiti anda.Laman web rasmi syarikat adalah di http://www.ahb2u.com

 

Cordyceps4u Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates